Perginya Insan tersayang.
Tuesday, 11 March 2014 @ 00:20 | 1 SweetCandy
Hello People and Assalamualaikum ♥...
selamat petang semua. .hari ni bby na kongsi tentang perasaan dan luahan hati bby. .
--------------------------------------------------------------------------------------
5 FEBRUARI 2014. .bornday ayah. . bby jadi org ketiga lepas ibu dan abg wish bornday ayah. .bby cium pipi ayah dan peluk ayah . .hapy ayah masa tu. .10 FEBRUARI 2014, kami raikkan besday Ayah ma Dik. . happy kita semua kan ayah. . klo dah bekumpul. .ruma puwn riuh ba. .kan ayah. .ayah memang suka klo kita semua bkumpul kan ayah. .bby nampak senyuman di muka ayah, sangat indah. .Dua minggu sebelum tarikh tu, ayah di KK. .da urusan kerja. .ayah balik SDKN 19 FEBRUARI 2014, ayah kata ayah sakit dada. .ibu pesan bykkn rehat dan rajin2 mkn ubt. . msa tu jua bby demam . ayah risau dengan keadaan bby dengan suhu naik mendadak. .ayah paksa bby makan ubat. .then malam tu ayah na bawa bby p klinik, last2 abg ary yg bawa bby, sekali nak check brim. .ayah tetidur di sofa. .penat sgt kn ayah. .berurusan sampai x ingat na rehat. .sakit cnma pun ayah, ayah bersusahpyh cari rezeki untuk kami semua. .terimakasi ayah. .Esoknya, ayah, ibu, bby, kak ma dik jln2. .bila tgok akaun BRIM bby dah dpt. .bby bg ayah RM50. .untuk bebelanja. .kita p homeware. .ibu kata nak beli barang dekat situ . .x sangka, ayah puwn shopping juga. .tuk eksesori kereta. .lepas dari sana, kita p giant. .beli brg dapur. .ayah beli minuman kegemaran ayah "SOYA BEAN " dan biskut oats. .Happy betol kita kan, Ayah. . tapi lucu juga. .ayah ma ibu sempat lagi bergaduh pasal plastik di kaunter. .bby senyum jak tgok ayah ma ibu. .lepas tu. kita makan KFC. .ayah langsung x sentuh KFC tu. . ayah makan biskut dengan soya bean tu ja. .bby duduk depan ayah masa itu. . tenang betol muka ayah masa tu. .xda stress puwn. . bby sayang ayah. .dalam perjalanan balik ruma, ayah kena marah ibu, pa lagi ayah klo ibu dah marah, pandai la tukar topik. . ayah ni nakal jua tau. .kami yg duk di belakang ketawa ja mendengar kerenah ayah ma ibu. .Malam sebelum tarikh itu. .ayah jadi riang. . tak da cerewetnya. . ayah jadi manja dengan ibu. .ayah minta ibu masakkan ayah telur, ibu kata ibu malas, tapi ibu masakkan juga untuk ayah. .ayah merajuk, xna mkn..then ibu pujuk. .sweet betol ayah ma ibu kn. .kami senyum ja tgok gelagat ayah ma ibu. .kita happy. . ketawa kan ayah. .lepas makan, ayah terus tidur, selalunya ayah lah yang lewat tidur. .
( hari di mana hati kami sekeluarga sebak. .perginya insan bergelar AYAH dan HERO kami )
Keesokkan hari nya. .bby bangun awal tuk solat subuh. .ayah hantar dik p sekolah. .ibu masakkan mee goreng tuk ayah. .lepas hantar dik, ayah sarapan dengan ibu. .berbual lagi. .ibu suka sgt klo ayah sarapan dengan ibu. .banyak betol cerita ibu klo da ayah. .ibu kongsi cerita pasal tempat kerja ibu. . masala yg lain. . mcm2 lah. .dah ayah sarapan, ayah keluar buka bateri kereta suzuki tu. .ayah kata ayah nak hantar ke kedai untuk baiki. .masuk jak ayah ke ruma, ayah terus kacau kikush ( kucing ) ayah ketuk kepalanya dengan pen. .ibu ketawa ja tengok kita kan ayah. .kikush pun sampai marah, ayah kacau. . 7.15am, ayah hantar ibu dengan abg p kerja. .
pukul 8.45am. .selesai wat kerja ruma. .mengemas ruma. .jemur kain, menyapu. .bby ma kak duduk di sofa. .kak tengok amazing race. .bby sibuk dengan urusan konvo bby. .kol kolej. .dik plak masi lagi tido. .lepas kol kolej, tiba2 dapat panggilan dari dik. .dia bagitau ayah di hospital skrg. .ayah di tahan. . terkejut dengan berita itu bby tnya dia " cmna koe tau ni?" dia jawab " dah org hospital kol aku guna hp ayah". .bby terus kol ibu dengan abg pasal berita itu . .kak plak terus p hospital. . bby bagi bangun dik. .suruh mandi dan bersiap cpt2. . siap ja trus p hospital. .masa dalam bas MA tu kol kami lagi bagitau ayah dah kritikal. . ayah tau, bby dah menangis dalam bas tu. .tapi disebabkan ramai org, bby tahan airmata tu dari menitis. .bby tau ayah akan sembuh juga. .bby berdoa tuk ayah. .tiba jak di bas stop. .bby dengan dik2 terus berlari. .kami risau dekat ayah. .
setibanya kami di wad kecemasan. . bby dah nampak. .ibu, kak dan abg dah menangis. . dengan airmata bby. . bby tnya ibu " ayah mana ibu?" ibu hanya menitiskan air mata. .tapi bby x puas hati. . bby tanya lagi . . "Ayah, mana ibu?" ibu menjawab, ayah dalam wad kecemasan. .doktor kata " nyawa ayah skrg 50/50" . . menitis airmata x tertahan. . ibu bagitahu, ibu dapat tgok ayah di bagi CPR. .3 sudah doktor dalam tu. .jantung ayah dah lemah. . ibu dapat tengok muka ayah dah pucat. .kaki ayah puwn dah sejuk. .sebak hati dengar ibu cakap gtue. .kak dengan sedihnya hubungi semua keluarga ayah dan ibu. .masa itu kami semua hanya mampu menanti keputusan dari doktor. .MA panggil ibu untuk berdiri di tepi pintu kecemasan. .lampu merah tu masi lagi nyala. .tiba2 keluar seorang doktor. .ibu terus tanya cmna keadaan ayah. . doktor kata " Puan, sabar ya. .kami sedang berusaha" . .ibu hanya mampu menitiskan airmata mendengar itu. .dalam 15 minit gtue, MA bawa kami masuk dari pintu belakang. .kami sangka ayah dah sihat. . dah bole tengok muka kami seorg2. .rupanya, masuk jak, kami nampak ayah dah di tutup oleh kain putih. .YA ALLAH, hanya Allah tau betapa sebaknya hati kami semua. .ibu masuk terus membuka muka ayah lalu mencium muka ayah. . semua kami menangis,Ayah. .bby menangis teresak2 di kaki ayah ketika itu. .bby menangis sampai terduduk di lantai. .abg datang dan peluk bby, dan berbisik kepada bby " b, mengucap b, mengucap. .bby hanya mampu panggil AYAH. .abg puwn menangis ayah. .abg suruh bby bhnti menangis. .nti ayah nda tenang. .bby berdiri dan peluk ayah. . cium dahi ayah. .menitis airmata tengok wajah dengan menutup mata untuk selamanya. .ibu datang dekat bby. .ibu kata " sudah la b, jan menangis. .nti ayah nda tenang". .bby terus keluar dari bilik tu, dan kol keluarga ibu. . dan bagitahu ayah dah meninggal. .sebak hati bby. .lepas kol bby masuk balik bilik tu, pegang tangan ayah. . berdiri di tepi ayah. . ibu masuk . .dan ckp dekat bby " sudah la b, jan menangis lg. .kesian ayah" . .bby terus keluar dari bilik tu, dan duk di tepi pintu. .bby pegang baju yang ayah pakai. .
tidak lama lepas tu, ayah dibawa dengan van jenazah. .untuk dibawa di ruma. .Ayah na tau, kami semua sedih tengok ayah. .bby biarkan dik2 dan ibu naik van jenazah. .bby, akak dan dik naik kereta kluarga ayah . .setiba nya d ruma. .ayah di baringkan di atas tilam d ruang tamu. .keluarga ayah semua dah sampai. .airmata kami menitis ayah. . sebak betol . .tepat jam2, ayah dibawa ke masjid untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan. .sesudah selesai, dikafankan. .terakhir ciuman dari kluarga ayah. .ibu masuk dalam bilik mandian tu, terus menangis teresak2. .ibu suru tenangkan diri. . nti jatuh airmata. .bby tenung muka ayah. .muka ayah tenang sgt. .bby cium dahi ayah. .cium tangan ayah. .kaki ayah. .dengan langkah kaki kanan keluar dari bilik tu, menitis juga airmata bby. .lepas tu, ayah disolatkan. .sebelum asar. .ayah dikebumikan di Jalan Aman,. .semua berjalan dengan lancar . .Alhamdulillah. .ayah selamat dikebumikan. .semoga ayah tenang dan dirahmati Allah S.W.T. .
sesudah tu. .kami balik ruma. .terpandang gambar kita sekeluarga. . bby menitis airmata. .terlalu rindu dekat ayah. .xda suda suara ayah. .kemunculan ayah. .bby ambi cincin yang ayah pakai . .bby simpan untuk mengingati ayah. . dik palk ambi rantai yang ayah selalu pakai. . dan abg ambi gelang yg ayah selalu pakai. .betapa sygnya kami dekat ayah. .kami rindu ayah. .bag ubat yang ayah slalu bawa, kami simpan dalam almari. .kmi keluarkan dompet ayah. .bby ambi dan cium dompet ayah. .still da bau ayah. .meniti air mata. .biarpun kita berjauhan ayah, kami semua tetap sayangkan dan rindu ayah. .
( PERCUTIAN KAMI YANG TERAKHIR DI KL )
( ni lah HERO yang kami sayangi )
P/s : Kawan2 hargai lah ibu dan ayah kamu sekiranya mereka masih menemani hidup kamu tika ni. .hormati lah mereka. .jaga perasaan mereka. .
FOREVER AND EVER =================================== |
Let's Be Friend ! RUNNINGMAN SARANGHAE
Investigate Here ! Sweet To Remember !
Big CLAP ! |